Hari ni kenduri lagi. Tapi umi dengan abah je yang pergi, sebab jemoutan suami isteri. Kan dah cakap umi abah ku memang ikut protokol. Kendurinya di Shah Alam. Apotah nama dewan dia. Tak ingat. Cop, bukan tak ingat tapi tak tahu. Jadi oleh kerana jemputan suami isteri, aku dengan adik diturunkan di SACC Mall.
Mula-mula macam apa la nak buat kat mall ni. Then nampak Secret Recipe. SO cakap kat adik nanti kita makan ni. Sebab that day mengidam nak makan lasagna. Jadinya kami dua beradik jalanlah satu mall, dari ground floor sampai tingkat 3. Ada 5 tingkat. Tingkat 4 banyak barang utuk rumah jadi kurang minat. Tingkat 5 parking lot dengan surau ja. Hampir semua kedai masuk. Semua kiosk tengok. Dari Vincci ke Giordano ke Memory Lane ke Adidas ke Body Shop ke MPH ke Sox World.
Habis jalan turun ground floor nak makan kat Secret Recipe. Sampai je abah call kata mereka sudah mula bergerak dari kenduri. Kalau gerak awal tu comfirm takda gang. Kalau ada gang boleh membawa ke Asar, sampai caterer dah nak angkat meja lipat alas meja pun belum tentu balik. Sampai Secret Recipe tak rasa nak makan lasagna jadi order Chicken Cordon Blue dengan Iced Chocolate with Whipped Cream. Adik makan Spaghetti Chicken Bolognese dengan Vanilla Milkshake. Tengah-tengah makan nak kek, tapi segan pulak nak mintak sebab dah rasa kenyang. Nanti membazir pulak. Tapi kek tetap order, tapi take away.
Masa nak balik dah dekat Asar jadi umi ajak sembahyang kat masjid Shah Alam. Ada yang aku tak puas hati pasal masjid ni, tapi kita cerita yang baik-baik je la ye. Aku suka dalam masjid ni. Sejuk, cantik. Entah kenapa tak rasa macam kat Malaysia. Paling suka pintu masuk dewan solat dengan hiasan dekat kubah. Sejuk je hati.
After Shah Alam, singgah Sungai Buloh nak tengok adik-adik yang sunat masa Awal Muharam that day sebelum aku dihantar pulang ke kampus. Tak apa, hujung minggu ni balik lagi. HAHA.
No comments:
Post a Comment