Maksudnya musim pelbagai kenduri. Antaranya kenduri berkhatan, kenduri akikah and yang paling popular kenduri kahwin. Jadi bila hujung minggu tiba di cuti sekolah hala tuju ramai orang adalah kenduri kahwin.
Sama lah macam aku. Balik rumag dengan hajat nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Alih-alih kena ikut pergi kenduri. Aku tak berapa nak kisah sangat kalau kena pergi kenduri ni. Cuma akan jadi kesah bila tak kenal siapa pun kat kenduri tu melainkan keluarga sendiri, Boleh jadi bosan.
Kenduri weekend ni tak la beza sangat daripada kenduri yang aku pernah pergi. Cuma kali ni dah jadi macam mini reunion abah and umi denagn kawan-kawan dalam Air Force. Bila mak ayah dah lama berkhidmat ni orang yang kenal pun ramai, jadi boleh jadi pergi kenduri tu berjam-jam. Hari ni macam tu la. Umi among the first Air Force lady officer in Malaysia(?). Boleh kata dah senior la. (Sebenarnya aku tak ingat nak cakap apa).
Pointnya disini bila mak ayah famous (Dalam kalangan kawan-kawan ya, sila jangan salah faham), jumpa kawan-kawan boleh jadi gamat. Aku rasa kat kenduri tadi bunyi dari meja kita orang je yang lebih. Gelak sampai keluar air mata. Ni semua Uncle Omar punya lawak punya pasal.
Highlight of the day bukan pengantin. Tapi anak Uncle Hasan dengan Aunty Aisyah yang memang dari dulu handsomem (tapi sekarang lagi nampak handsome, siap ada dimple). Haha, so mode gatal on kejap tadi. Esok kenduri untuk suami isteri sahaja. Aku dan adik diagnkut sekali sebab balik kenduri hantar aku balik kampus. Kami berdua tak pergi kenduri tu lah sebab umi and abah (terutama umi) adalah orang yang memegang kuat protokol. Jadi kami akan diletakkan di mana-mana shopping mall terdekat dengan kenduri.
Sunday, December 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment