Saturday, October 16, 2010

Foundation English

no no, ni bukan pasal uia dah. nak cite pasal uia gak, tapi nak buat entri lain nanti. ni pasal paper Foundation English course diploma aku kat unisel ni.

start today at 2.30pm dekat dewan biru. oh, so panassss. kipas ada. tapi tak berpusing. so how? orang yang duduk ke mana kipas tu menghala la dapat rasa kipas. peluh peluh, cair make up mak, nyah.

so yeah. quite nervous nak jawab exam. tapi luar control. poyoss. dah la masuk lambat. semua orang dah masuk baru nak masuk. tapi nasib baik bukan sorang je. almost the whole class baru nak masuk. siap di announce, "yang baru masuk cepat sikit duduk." so yeah macam biasa dapat soalan, tengok kertas, tulis nama and all. then start jawab.

soalan depan-depan okay la. eventhough aku macam tak faham sangat article dia sebab aku kepanasan dalam tu rasa macam kena panggang je. sampai part essay aku blank. selalunya aku akan expect essay akan keluar pasal current issue, tapi cuba teka apa keluar? pasal 5 ekor dugong mati kat perairan johor. *tepuk dahi* nak 350 perkatann, macam biasa lah. mak, ape aku nak tulis ni. memang bantai je tulis apa yang keluar dalam kepala. tulis-tulis, habis hantar paper dalam pukul 4 lebih kot. tak tengok jam.

so yeah. one down, three more to go. and then, hello semester 2.

Friday, October 15, 2010

Bus Parade

it's the third weekend aku tak balik rumah. sebab malam rabu baru balik kaampus. plus sabtu ni ada paper.

sebenarnya tak de motif pun buat entri. nampak sangat bosan.

Wednesday, October 13, 2010

Foundation in English


surat ni sampai kat tangan isnin lepas. sebelum surat ni sampai kegembiraan untuk duduk rumah lama sebelum jawab paper pertama untuk final ni telah dicantas oleh paper Foundation English yang di awalkan ke tarikh 16 Oktober ni dan pre-register hostel untuk semester depan sebelum 15 Oktober. panas hati weyh, wa baru igt nak duduk rumah dari 14 Oktober sampai 17 Oktober. tapi last2, 15 Oktober baru aku balik. daftar subjek punya pasal.

berbalik pada cerita surat ni. kenapa kau sampai masa ku dah habis satu semester? aku dah nak bayar deposit untuk hostel tahun depan esok, dan nak jawab paper final exam sabtu ni, semester aku akan habis dalam masa 2 minggu. yuran dah bayar semua. alamak.

*mode mengeluh off*

so, di uia program aku:-
program: ASASI bahasa inggeris
jangka masa: setahun (kot?)
kampus: UIA pj

dan di unisel program aku:-
program: DIPLOMA pengajaran bahasa inggeris sebagai bahasa kedua
jangka masa: 2.5 tahun
kampus: bestari jaya (batang berjuntai)

umi abah along (adik aku tak tanya, aku tau dia akan emosi) letak keputusan atas bahu aku. along selalu kata, "bare in mind yang nak belajar awak, bukan orang lain." :') abah and umi semestinya nak yang terbaik untuk aku. abah yang aku tau, tak kesah aku dapat belajar mana, janji aku belajar dan salagi dia boleh tanggung, dia akan tanggung. umi pulak, memang aku dan along ketahui mahu kami berdua masuk ipta. along memang di ipta. aku je ipts. tapi nak buat macam mana mi, anak umi yang sorang ni ada krisis apa sampai jawab spm dulu separuh hati. jadi gred angah pun separuh je, tak dapat la nak masuk ipta.

cheeza intan L jee alina fahmi bo suhaila firdaus nak aku accept uia. mereka kata masa depan aku lagi cerah kat sana. yuran lagi murah, lebih diiktiraf katanya. memang betul pun. tapi haih.

hana & hajar, mahu yang terbaik untuk aku. dan mahu apa jua keputusan aku, mereka nak aku happy.

sigh. terlalu besar harapan semua.

*kan dah suruh off mode mengeluh. sesh*

OKAY.

oleh kerana aku masih datang bulan jadi solat istikharah tak boleh. apa yang boleh dilakukan adalah:
1. berdoa banyak-banyak. dan dalam kes ini sangat banyak.
2. membuat pro and con.
3. berfikir dalam-dalam. dan aku perlu fikir sangat dalam.

jadi berikut adalah pro and con yang aku dah buat. ada dua.

pro and con #1 : stay unisel, bye bye uia.
pro:-
1. UMAG'S cinta hati. :)
2. masuk semester 2.
3. T2B tetap ada.
4. habis diploma boleh kerja cari experiences dulu.
5. hostel untuk semester 2 dah ada.
6. belajar teaching, writting, speaking, presenting.
con:-
1. yuran mahal.

pro and con #2 : masuk uia, bye bye unisel
pro:-
1. yuran murah.
2. lagi dekat dengan rumah.
3. lebih diiktiraf.
4. hostel comfirm ada.
5. sekejap sahaja.
con:-
1. unisel dah habis 1 semester.
2. final start sabtu ni
3. dh agree untuk masuk hostel nest semester.
4. semester 1 dah habis bayar.
5. UMAG'S terpaksa ditinggalkan. :(
6. T2B kehilangan aku.
7. kena start over kat uia.
8. habis belajar kena sambung degree terus, tak boleh kerja dulu.
9. macam ambil language course.

ada sesiapa nak tambah pro and con aku? sila beri tahu.

so what to do? daftar uia 23 Oktober, yakni sabtu depan. menyatakan persetujuan/penolakan 17 Oktober, ahad ini. jadi aku ada masa beberapa hari lagi untuk berfikir.

aku sendiri tak tahu macam mana. tolong jangan pressure.

cuma aku minta, kalian doakan semoga proses aku membuat keputusan ini lancar. dan semoga apa keputusan nanti membawa perkara baik untuk semua, paling penting untuk aku (apa? bunyi macam selfish? along cakap apa? aku yang nak belajar kan? jadi penting untuk aku la.)

futnot: seminggu ni, mata selalu panas dan berair (selain kerana cerita korea dan komik) hidung selalu penuh (juga bukan hanya cerita korea)

Tuesday, September 28, 2010

Kembara Syawal Gunung Berembun

hello people. sorry lama gila tak update. tak tau nak tulis apa. plus quite busy. tapi dalam busy2 pun sempat jugak pergi naik gunung. hehe. lama kan tak buat outdoor activities? last masa kat belum rainforest resort, end may last year. you may view the pictures here and the story here.

so, this year aku join kelab umag's kat unisel. it stand for unisel mountain adventure group's. jadi aktiviti pertama untuk semester ni adalah kembara ke gunung berembun, dungun, terengganu. masa dapat sms pasal aktiviti ni terus rasa nak pergi. siap jadi the first person yang bayar full. kan kak erin and abg paul? mula2 memang excited sangat, samapai lagi seminggu nak pergi. mental terus tak betul. rasa macam tak ready langsung. terutama masa malam briefing. mula la teringat barang tu tak ada, barang ni tak ada, barang ni kat rumah, yang itu dah rosak, ini kena beli baru. haih. nasib baik abah dah bagi tau awal2 kalau barang yang tak ada, bagi tau abah, boleh pergi beli. quite banyak la barang yang tak ada masa tu. i started crying everytime i thought of the hiking and about abah and adik who have to go buy stuff for me and bring it here at bestari jaya. tiap2 malam call along. haha. kelakar pulak ingat. abah, umi and adik hantar barang tu hari rabu petang.

malam rabu tu start la packing. mula2 fikir macam mana abah selalu pack kan bag. yela, selama ni abah yang buat. siap undies pun abah tolong. hehe. sekarang kena buat sendiri semua. dah masuk semua, keluarkan balik sebab tak puas hati. masa dah siap tu punya lah berat beg. mula fikir apa yang nak keluarkan.

so 8 malam 23/10 kene kumpul kat rotunda FSP. aku dengan shahira pun berjalan berdua pergi FSP. sebab aku segan bawak haversack besar sorang. sampai FSP daftar nama kak kak ili and ambil tshirt. lepas tu lepak2 jap sementara tunggu yang lain untuk briefing and bagi makanan. lepas briefing kami diminta kenalkan diri masing2. tapi tak dengar semua pun sebab gema. aku kena bawa mes tin satu dengan kentang and ape lagi tah. bas lambat sampai. patutnya gerak pukul 10, tapi pukul 12 baru dia sampai. naik bas apa lagi, tidur la. disebabkan bas dah lambat and nak sampai esok pagi awal, berhenti sekali je. kat perhentian yang sebelum naik cameron tu(?) mula-mula nak turun untuk buangh air je. bila pergi kat bus nak naik, nampak macam bus tutup so pergi tempat makan. duduk je. sekali abang rafiq tanya tak makan ke. aku cakap la duit dalam bas, sebab memang dalam bus pun. jadi dia suruh guna duit dia dulu. jadi beli mee hoon dengan teh o limau. naik bus bayar la baki duit kat abang rafiq, then orang buat lawak sebab aku macam bayar tambang bus. haha. then aku tidur.

sedar-sedar dah sampai hutan lipur chemerong paginya, dalam pukul 7 lebih. turun. bawa keluar beg and kumpul kat err, tempat makan. ada yang salin baju, gosok gigi, cuci muka semua. lepas warm up and briefing pasal trek hari tu, kene tunggu lagi dua orang guider. then pendakian dimulakan dalam pukul 9 or 10 masa tu, tak perasan, mengikut group masing2. aku group kuih abkar. semua group ikut nama kuih-muih. semangat ni nak naik, walaupun beg berat gila babi. baru je mula jalan dah ada beberapa orang kena sengat tebuan, dan aku adalah salah seorang darinya. kena kat kepala. memang sakit la. then aku tak ingat sapa, bagi aku cream apa tah suruh sapu, aku pun sapu lah. then sengat tu dah start buat aku pening2, kepala start berdenyut2. lalu la satu titi gantung, ada pulak yang goyang2, ni aku hangin. lepas tu melalui trek yang sangat curam. sampai at one point aku rasa nak patah balik je, nak turun masa tu jugak. nasib baik mental tak pecah. jalan few steps berhenti, jalan lagi sikit berhenti. masa tu kak ili and bf dia(?) ada kat belakang. they asked kenapa. aku tak dapat nak jawab, rasa nak nangis masa tu sebab rasa macam tak larat sangat. sebab aku tak expect trek sampai macam tu sekali. lepas tu bf kak ili(?) offer untuk angkat kan bag. aku serba salah sebab dia sendiri dah bawak bag dia and sebab aku tau beg aku tu berat macam mana. tapi masa tu kak ili dah pegang tali beg jadi aku bagi jugak. dia tak la carry sampai camp site, just sampai satu kawasan landai. and of course la aku cakap thanks. gila la kalau orang dah tolong angkatkan beg seberat tu dengan beg dia sendiri aku tak cakap thanks. nak kena sepuk kepala dengan umi and abah? masa ni bisa sengat dah turun kat mata and dah start sakit. ada lintas sungai. apa tah nama sungai tu. tapi kepala dia air terjun chemerong. i'm the only one yang tergelincir and lencun sampai chest! haha. kesian abang zarul kena sambut aku yang berat. then sambung jalan lagi. kali ni lagi curam trek. memang asal ada tempat aku stop ah, nasib baik la abang nazrul and shahira ada teman. kalau tidak, tak larat den. jumpa tempat landai, aku stop lagi. hehe. penat bai. sambung jalan and stop lunch kat kem balak. mas sampai tu dalam pukul 2 lebih kot. lunch memang terbaik lah. ada tom yam sayur and sardin, air sirap. sardin tu wajib masa setiap meal. kalau tak ada aku rasa tak lengkap camp. betul? sapa setuju angkat tangan. dekat pukul 4 sambung jalan pergi kem Y. sampai kem Y terus pasang fly and ground sebab tidur kat situ. ni lah first time aku tidur guna fly and ground. sakit badan memang sakit. tapi at least kena bersyukur sebab ada tampat tidur kan? masa baru je duduk, kaki cramp sebab sejuk lama sangat dalam kasut yang basah. masa nak pergi mandi hujan la pulak. terpaksa tangguhkan dulu. reda je hujan, kena kumpul barang masakan. dah la masa tu dengan nama ahli group pun tak ingat. then pergi mandi. memang tak la kan air sejuk gila babi punyalah macam air dalam tempat beku. tapi redah gak sebab badan rasa tak selesa nanti tidur. mandi siap, salin baju siap. masa untuk memasak. malam tu menu air teh ros nasi sardin lagi and aku tak ingat ada lauk ape. lepas makan ada macam game sikit. setiap kumpulan dikehendaki menghafal nama penuh alhi kumpulan masing2. then kena bagi tau semua. kalau salah kena denda. few groups kena denda. kena menari lah, menyanyilah, catwalk lah. kumpulan aku tak kena. yay, kuih bakar rocks. :) then malam tidur awal dalam pukul berapa tah. patutnya kumpulan aku jadi sentri malam tu masa pukul 4pagi. tapi tak sedar. and macam takde orang kejut pun.

the next day bangun pukul 6.15. bangun gosok gigi, siap2 semua. kemas2. breakfast makan cucur and roti dengan jem. ada jem nenas, strawberi and anggur. lepas siap makan sambung jalan ke puncak. hari ni mata aku tak boleh bukak. jadi aku request kak guider untuk duduk dengan sweeper. sebab aku takut kalau duduk depan, akan melambatkan orang lain. tapi abang din yang dekat sweeper suruh aku jalan depan dulu, tak larat nanti, duduk tepi ang dorang kan kutip aku. jadi aku jalan depan duduk dengan abang paul. tapi lama2 duduk sweeper gak. sama macam hari sebelumnya ada orang tolong angkat kan beg aku. thanks abang din sebab sudi tukar bag dengan farah. jalan2 sampai taman bonzai. memang cantik ah. tapi ni bonzai natural la.kuasa pulak ada orang nak naik ikat pokok tu satu2. dari taman bonzai tak sampai 30 minit. masa sampai puncak tu dalam pukul 12 lebih. rasa puas sangat masa sampai puncak dengan hanya menggunakan mata kiri. sebab mata kanan tak boleh bukak. and walaupun tak carry bag sendiri. lepas puas lepak kat puncak, turun bawah ke kem sungai lansir, sebab akan bermalam dekat situ. sampai kem sungai lansir dalam pukul 2 macam tu. masa ni jalan dengan afiq, firdaus, ana and az. trimas sebab sabar dengan kelembapan aku masa tu. sampai je kem sungai lansir, boleh dikatakan separuh daripada penat tu hilang sebab tempat dia lawa sangat. rugi aku tak ambil gambar. sampai je semua orang tengah masak lunch. haha. nasib baik tak de apa kat aku. aku tolong la dorang buat apa yang patut. tapi ramai suruh aku rehat sebab aku baru sampai. serba salah aku dibuatnya. masa dah siap masak nampak langit dah start gelap tanda nak hujan. jadi makan cepat2. tengah2 makan tu hujan turun selebat2nya. apa lagi, lari masuk bawah fly la. haha. berhimpit2 duduk bawah tu. makan la dalam kekuyupan. aku dengan mata sebelah ni terpaksa suruh orang asingkan cili untuk aku. hehe. petang tu main goreng pisang dalam sungai. team lelaki banyak kali kena simbah dengan team perempuan. seronok. :) hari ni kaki aku cramp lagi. haha. sebab kesejukan. dapat swim dalam air sungai. best. :) malam tu makan sambal kentang. sardin dengan sayur goreng and air cincau. malam tu dapat tidur awal. pukul 10 dah tidur. dalam nak terlelap tu ada pulak mantan boleh bantai main mercun. terkejot den.

hari ketiga breakfast nasi lemak. dapat tengok sunrise. :) cantik sangat. today aku jadi sweeper lagi. perjalanan turun agak memenatkan dan menyakitkan. trimas kepada yang bersabar. kak ili, taufiq, abang khairul, abang abot, terutama sekali abang bob yang teman aku sampai bawah. sabar sangat walaupun aku jalan memang slow gila babi punya. masa turun aku memikirkan macam mana aku boleh naik tempat curam ni. haha. masa turun dapat tengok air terjun chemerong. masa tu semua sakit2 HILANG! puas sangat masa tu. rasa sangat berbaloi naik berembun. oh, masa ni mata aku dah boleh buka walaupun sikit. sampai bawah je lepas letak bag, seluruh tubuh aku rasa sakit. nak berjalan pun tak boleh maaa. mandi2, lepas maghrib bertolak balik KL. sampai unisel dalam pukul 4.30 mcm tu, sampai je rumah pukul 5.30. aku gosok gigi, terus tidur atas katil.

basicly, kembara kali ni sangat best. ada keseronokan tersendiri macam camp2 yang sebelumnya. rasa berbaloi sangat bayar rm 125(?) tu. jadi kat sini aku nak ucap terima kasih dekat semua yang join event ni. yang ambil berat kat aku. nak list nama sorang2 memang payah la sebab ada 8 orang. jadi terima kasih jaga aku and bersabar dengan aku.

jumpa kat pangkor lepas final nanti ye umags? insya-Allah.

Saturday, September 04, 2010

Sunyi adalah musuh utama perempuan.
-Fynn Jamal

Tuesday, August 31, 2010

Adalah satu cabaran untuk kita langsung tidak terasa dengan ibu bapa atau adik beradik. Ibu bapa khususnya. Tiap kali kita terasa, kita lekas-lekas istighfar, telan sedih, cuba luputkan perasaan itu dengan berfikir,

waktu kecil dan sepanjang aku membesar dulu, berapa kali ibu bapa terasa dengan aku?

Dan kita tidak berjumpa nombor.
Dan kita tidak ingat.
Dan barangkali ia cara Allah untuk berkata, “terlalu banyak.”
Dan itulah jawapannya.

- Wani Ardy

Friday, August 20, 2010

Demand





pandai pinjam pandai la pulang. haish.

Friday, July 16, 2010

Kenapa Balik Rumah Tiap-Tiap Minggu?

eyh, suka hati aku lah. rumah aku, duit parents aku. sibuk aja. aku balik tiap-tiap minggu sebab ada hal (tak pun aku sendiri yang akan buat pura-pura ada hal supaya dapat balik rumah, hehehe).

so, here are reasons why aku balik rumah tiap-tiap minggu:-
1st WEEK: aku balik rumah hari sabtu abah ambil dekat unisel lepas balik dari hari ilmu dekat taman tasik shah alam. aku balik sebab malam tu abah nak fly pegi italy. august baru balik. so yeah, kene la hantar. ahad lepas zohor umi dah hantar balik.

2nd WEEK: aku balik rumah lepas zohor hari jumaat. naik bas wawasan sutera, turun ktm sunagi buloh sampai kl sentral. from there aku naik putra sampai wangsa maju ambil teksi sampai rumah. aku balik sebab umi banyak kali sebut pasal balik rumah. dia tak suruh balik tapi macam nak suruh balik. jadi aku balik la takut ralat nanti. aku balik unisel balik hari ahad lepas zohor.

3rd WEEK: aku balik pagi jumaat naik bas wawasan sutera sampai masjid jamek naik putra sampai wangsa maju then naik teksi sampai rumah. aku balik sebab along nak balik kampus dah. masa hantar konon kental, tak nak nangis, tapi dalam hati gua nak hujan beb. then balik unisel hari ahad maghrib.

4th WEEK: aku balik before zohor sama cara macam masa 3rd week. aku balik sebab monday aku nak ambil darah macam biasa lah. check up every 4 months. monday balik before zohor sebab 1430 aku ada kelas grammar with mr firdaus.

Saturday, July 10, 2010

3rd Weekend At Home

finally, i got to spend some lovey-dovey time with my bed after three weeks. sebab, sebelum ni, balik rumah je mesti ada kena pergi mana-mana. not that i'm complaining. cuma, bila balik rumah maca, tak rasa balik rumah.

so, minggu ni balik rumah naik bas. straight from bestari jaya to masjid jamek. then naik putra to wangsa maju. hanging dekat jusco kejap. then head to my old school. met some teachers. semua kata aku makin gemuk! pada hal bila naik weighing machine, it shows that aku turun almost 3kg. or is it fooling me? whetever.

then malam tadi hantar along. along pun dah nak start semester baru. lepas ni kat rumah tinggal adik dengan umi la, sementara abah masih ada dekat italy tu. aku kalau balik pun only weekend lah. kelas hampir setiap hari.

balik rumah ni dapat la melepas gian kat makanan yang tak boleh dapat dekat unisel tu. huhu. kalau balik tiap-tiap minggu macam ni, alamatnya, tak kurus jugak aku. hehe.

balik rumah maca, biasa la kan, bawak balik baju basuh dekat rumah. tak de la semua. ada je yang aku basuh kat sana. ni bawak balik baju yang pakai before balik rumah la. kalau bawa balik semua, manja gila. macam orang tuuu. HAHA.

rasanya tu je kot. nanti ada cerita, update lagi.

Saturday, July 03, 2010

Dunia Baru Di UNISEL

sebelum apa-apa, sorry la lama tak update aku tak tahu nak tulis apa.

finally aku masuk belajar. alhamdulillah. dekat unisel kampus bestari jaya. ulu gak la. tak sosial sangat. dapat jurusan yang aku nak, TESL. tapi diploma la. maybe tak cukup cerdik untuk ambil foundation. orientasi seperti biasa memang penat la. sampai rumah pukul 12, dengan nak mandi basuh muka lagi paling awal tidur pun pukul 12.30. then kene bangun pukul 4.30 PAGI! haha. tapi gagahkan jugak sebab fikir seminggu je. fasi semua ok la. makanan je hampeh sikit. malam final seronok. haha. seronok gelak kan orang. hehe.

housemate? alhamdulillah semua ok. satu rumah 3 bilik 2 bilik air. ada dapur, meja makan dengan hall. cuma blok kite orang dapat matahari petang so baju lambat kering. satu rumah 6 orang. alhamdulillah semua satu kepala. kalau lambat solat ada yang ingat kan. lagi lah sebab ada sorang amek course pengajian islam. kalau lambat bangun pegi kelas ada yang kejut. malam sebelum tidur mesti tanya ada kelas tak esok, pukul berapa. haha, rumah aku tingkat 4 tau! haa.

kelas dah seminggu mula. tapi 2 kali je belajar. yang lain lecturer tak masuk. ok fine, first week. free hari selasa je. isnin and rabu kelas pagi petang. khamis and jumaat kelas pagi je.

semalam first time balik naik ktm, bapak ah ramai gila orang. serik sikit la naik. tapi kene gagah kan jugak la nak baik rumah punya pasal. hehe.

so tu je la kot. yang lain ta ada apa sangat.

Friday, June 04, 2010