finally aku masuk belajar. alhamdulillah. dekat unisel kampus bestari jaya. ulu gak la. tak sosial sangat. dapat jurusan yang aku nak, TESL. tapi diploma la. maybe tak cukup cerdik untuk ambil foundation. orientasi seperti biasa memang penat la. sampai rumah pukul 12, dengan nak mandi basuh muka lagi paling awal tidur pun pukul 12.30. then kene bangun pukul 4.30 PAGI! haha. tapi gagahkan jugak sebab fikir seminggu je. fasi semua ok la. makanan je hampeh sikit. malam final seronok. haha. seronok gelak kan orang. hehe.
housemate? alhamdulillah semua ok. satu rumah 3 bilik 2 bilik air. ada dapur, meja makan dengan hall. cuma blok kite orang dapat matahari petang so baju lambat kering. satu rumah 6 orang. alhamdulillah semua satu kepala. kalau lambat solat ada yang ingat kan. lagi lah sebab ada sorang amek course pengajian islam. kalau lambat bangun pegi kelas ada yang kejut. malam sebelum tidur mesti tanya ada kelas tak esok, pukul berapa. haha, rumah aku tingkat 4 tau! haa.
kelas dah seminggu mula. tapi 2 kali je belajar. yang lain lecturer tak masuk. ok fine, first week. free hari selasa je. isnin and rabu kelas pagi petang. khamis and jumaat kelas pagi je.
semalam first time balik naik ktm, bapak ah ramai gila orang. serik sikit la naik. tapi kene gagah kan jugak la nak baik rumah punya pasal. hehe.
so tu je la kot. yang lain ta ada apa sangat.
No comments:
Post a Comment