Wednesday, October 13, 2010

Foundation in English


surat ni sampai kat tangan isnin lepas. sebelum surat ni sampai kegembiraan untuk duduk rumah lama sebelum jawab paper pertama untuk final ni telah dicantas oleh paper Foundation English yang di awalkan ke tarikh 16 Oktober ni dan pre-register hostel untuk semester depan sebelum 15 Oktober. panas hati weyh, wa baru igt nak duduk rumah dari 14 Oktober sampai 17 Oktober. tapi last2, 15 Oktober baru aku balik. daftar subjek punya pasal.

berbalik pada cerita surat ni. kenapa kau sampai masa ku dah habis satu semester? aku dah nak bayar deposit untuk hostel tahun depan esok, dan nak jawab paper final exam sabtu ni, semester aku akan habis dalam masa 2 minggu. yuran dah bayar semua. alamak.

*mode mengeluh off*

so, di uia program aku:-
program: ASASI bahasa inggeris
jangka masa: setahun (kot?)
kampus: UIA pj

dan di unisel program aku:-
program: DIPLOMA pengajaran bahasa inggeris sebagai bahasa kedua
jangka masa: 2.5 tahun
kampus: bestari jaya (batang berjuntai)

umi abah along (adik aku tak tanya, aku tau dia akan emosi) letak keputusan atas bahu aku. along selalu kata, "bare in mind yang nak belajar awak, bukan orang lain." :') abah and umi semestinya nak yang terbaik untuk aku. abah yang aku tau, tak kesah aku dapat belajar mana, janji aku belajar dan salagi dia boleh tanggung, dia akan tanggung. umi pulak, memang aku dan along ketahui mahu kami berdua masuk ipta. along memang di ipta. aku je ipts. tapi nak buat macam mana mi, anak umi yang sorang ni ada krisis apa sampai jawab spm dulu separuh hati. jadi gred angah pun separuh je, tak dapat la nak masuk ipta.

cheeza intan L jee alina fahmi bo suhaila firdaus nak aku accept uia. mereka kata masa depan aku lagi cerah kat sana. yuran lagi murah, lebih diiktiraf katanya. memang betul pun. tapi haih.

hana & hajar, mahu yang terbaik untuk aku. dan mahu apa jua keputusan aku, mereka nak aku happy.

sigh. terlalu besar harapan semua.

*kan dah suruh off mode mengeluh. sesh*

OKAY.

oleh kerana aku masih datang bulan jadi solat istikharah tak boleh. apa yang boleh dilakukan adalah:
1. berdoa banyak-banyak. dan dalam kes ini sangat banyak.
2. membuat pro and con.
3. berfikir dalam-dalam. dan aku perlu fikir sangat dalam.

jadi berikut adalah pro and con yang aku dah buat. ada dua.

pro and con #1 : stay unisel, bye bye uia.
pro:-
1. UMAG'S cinta hati. :)
2. masuk semester 2.
3. T2B tetap ada.
4. habis diploma boleh kerja cari experiences dulu.
5. hostel untuk semester 2 dah ada.
6. belajar teaching, writting, speaking, presenting.
con:-
1. yuran mahal.

pro and con #2 : masuk uia, bye bye unisel
pro:-
1. yuran murah.
2. lagi dekat dengan rumah.
3. lebih diiktiraf.
4. hostel comfirm ada.
5. sekejap sahaja.
con:-
1. unisel dah habis 1 semester.
2. final start sabtu ni
3. dh agree untuk masuk hostel nest semester.
4. semester 1 dah habis bayar.
5. UMAG'S terpaksa ditinggalkan. :(
6. T2B kehilangan aku.
7. kena start over kat uia.
8. habis belajar kena sambung degree terus, tak boleh kerja dulu.
9. macam ambil language course.

ada sesiapa nak tambah pro and con aku? sila beri tahu.

so what to do? daftar uia 23 Oktober, yakni sabtu depan. menyatakan persetujuan/penolakan 17 Oktober, ahad ini. jadi aku ada masa beberapa hari lagi untuk berfikir.

aku sendiri tak tahu macam mana. tolong jangan pressure.

cuma aku minta, kalian doakan semoga proses aku membuat keputusan ini lancar. dan semoga apa keputusan nanti membawa perkara baik untuk semua, paling penting untuk aku (apa? bunyi macam selfish? along cakap apa? aku yang nak belajar kan? jadi penting untuk aku la.)

futnot: seminggu ni, mata selalu panas dan berair (selain kerana cerita korea dan komik) hidung selalu penuh (juga bukan hanya cerita korea)

2 comments:

Hana Dalila said...

yeah. btol ckp L , cheeza smue. better choose UIA coz lebih diiktiraf, kerajaan and International. plus , setahun je. or may be setahun stgh. sbb kat uia b4 msuk kne amik english and arabic test. kte rse awak kalau pergi maybe dpt yg setahun stgh sbb awak xreti arab sgt kan? english mmg cnfirm la dah ok. i think this is a good opportunity for you. kawan boleh cari. nnt dapat kawan bru. tapi kwn lama jgn dilupakan :P

but yeah. follow your heart. choose what suits you well. and make sure, tak de sape yang paksa awak buat keputusan tu. okay? i ♥ you :)

Farah Rosni said...

as i said before, too many things to be consider. bkn sbb kwn je.