Thursday, December 11, 2008

Aku Mahu Berlagu #005

Dari jauh ku lihat dia
bagai berdiri di balik tingkap kaca
Mengintai setiap gerak halusnya
cukup untuk buatku leka

Selagi kedengaran bunyi guruh
selama itu khayalku berlabuh

Alangkah eloknya
jika aku menjadi raja waktu
akan ku himpun masa
untuk dia mengenali aku

Dari jauh ku lihat dia
bagai berdiri di balik tingkap kaca
mengharap setiap detik merangkak
sempat untuk buatnya sedar

Selama kedengaran bunyi guruh
sepanjang itu hatiku pun luruh
hatiku pun luruh

Alangkah eloknya
jika aku menjadi raja waktu
akan ku himpun masa
untuk dia mengenali aku

No comments: