Sunday, October 12, 2008

Open House

wah. semalam memang penuh dengan open house. nasib baik dari tengah hari sampai lewat petang je. kalau sampai malam. adoii, tak makan la aku hari ini.

ok. perjalanannya bermula seperti ini;

tunggu liyana untuk ke rumah intan. sambil tunggu lipat-lipat baju dulu, dah dua hari tak lipat. kemalasan melanda. liyana sampai, naik kereta dia, ada nabihah, salam ngan mak dia, gi rumah ientan. sampai pangsa murni, jalan sikit sampai rumah intan. masa tu dah ada afiq, daniel, jay, divya, siu wern, hajar, hana, ihkwan, dan beberapa yang lain lagi. tak ingat ada siapa lagi. sampai salam la semua orang, samapai kat ayahnya je, aku senyum. haha. dia tanya anak sapa ni. aku jawab anak encik rosni. dia pun, 'haa, pakai baju sekolah uncle kenal awak. ayah awak sihat?' ku jawab 'sihat je. dia dapat pegi haji tahun ni.' then makan la. makan nasi impit and lemang dengan rendang minum punch. then dah habis makan uncle aziz mintak anak keduanya menghulurkan pinggan kepada ku untuk bakso. aduih, uncle, ada 3 rumah lagi ni. cukup la ni. then duduk kat ruang tamu makan kuih. then amir, izhar, jack, arep and andre sampai. intan tanya arep 'kau pakai sampin terbalik ke?' memang dia pakai terbalik pun. haha. kene bahan. then kawan-kawan kakaknya intan sampai, dah pack da rumah masa tu, hajar dan hana ajak beransur ke rumah idzwan. aku, siu wern dan divya setuju. salam-salam, kemudian keluar. sebelum keluar aku terlanggar bekas-bekas kuih tu. aduh, malu! nasib baik ada kami-kami je di ruang itu. jay dan doddy tolong kemas kan. terima kasih. then keluar jalan ke rumah idzwan pula.

nota: daddy intan dengan abah saya kawan dari dulu.

kami berjalan berlima ke rumah idzwan, yang lain-lain menyusur kemudian. sampai rumah idzwan, ada kawan-kawan abangnya kami duduk la di ruang tamu. ada nasi lemak sama satay. nyum nyum. sedap. tapi aku makan satay je. kekenyangan haha. ada lagi 2 rumah ni. hehe. makan-makan, borak-borak, amek gambar sikit. arep sampai je aku usik ' arep, sampin da betul da?' satu rumah idzwan dengar kami gelak. haha. then kami minta diri untuk ke rumah nadia pula. yang lelaki-lelaki mahu ke rumah izzati. so kami yang perempuan-perempuan seramai tujuh orang ini berjalan kaki lah ke rumah nadia.

sampai di rumah nadia, ada yang mengusik ' VIP mana?' hehe. kami lepak-lepak dulu, sebab ingatkan 'VIP' dah nak sampai. dah lama sangat kami makan la dulu. ada ayam goreng, nasi impit, rendang dan lain-lain lah. tunggu punya tunngu, ambil la gambar. yana, intan dan nabihah la paling banyak mennempel muka di d60 itu. tunggu punya tunngu lepas 1 jam setengah kami di rumah nadia, baru 'VIP' itu sampai. tunggu la kejap sebelum bergerak ke rumah nabihah.

berjalan beramai-ramai le rumah nabihah. masa tu sudah dekat pukul 6. 30 minit sahaja lagi di rumah nabihah. sampai je nampak hazim dan yunus. lama tak jumpa mereka. hehe. then masuk, says terus ke meja makan. ada nasi ayam. hehehe. sedappp. makan-makan. then duduk kat ruang tamu. yang lelaki-lelaki tak habis-habis tanya bila parents aku mahu balik. mereka mahu ke rumah aku pula. masa minum-minum dan reply mesej adik, air tertumpah, di atas seluar jay dan baju aku. jay lagi. haha. sorry u. maaf ye. then da dkt 6.30 saya pun nak balik kerana janji akan sampai di rumah tepat 6.30. then keluar nampak hazim di kereta. tiba-tiba dia buka pintu kereta. saya tanya ada apa, mau hantar ke? dia kata boleh juga. nasib baik. terima kasih ye. kalau tidak, lepas 6.30 la baru sampai ke rumah.
_______________________________________________________

sudah lama rasanya tak berseronok dan berkumpul dengan mereka semua. wah, it's a good feeling you know. :D

No comments: