Hujung minggu yang lepas (7-9 Oktober 2011), aku pergi abseiling di Hutan Lipur Berkelah, Maran Pahang. Best, memang terbaik pun.
Perjalanan bermula di unisel sendiri lah, sebab memang program kali ni bawah seliaan satu persatuan dalam unisel iaitu, Unisel Mountain Adventure Group's (UMAG'S). Peserta dikehendaki berkumpul di hadapan Dewan Biru bermula jam 0800. Kumpulan, makanan dan barang keperluan mula dibahagi pada jam 0900. Pada jam 1030, peserta mula menaiki bas untuk bertolak ke Maran.
Pada kira-kira jam 0230 8 Oktober 2011, kami berhenti rehat di Hentian Temerloh. Peserta diminta mengisi perut kerana ini adalah hentian terakhir sebelum kami tiba di Berkelah. Setibanya di meeting point pada lebih kurang jam 0330, peserta diberi masa untuk menyalin pakaian dan mempersiapkan diri. Jam 0430 seramai 20 orang peserta (Oppss, lupa bagi tau. Kali ni peserta semua sekali 35 orang) menaiki 4x4 (Lori je pun sebenarnya. Bajet tak ada nak.) untuk ke starting point sebelum trecking ke tapak perkhemahan. Perasaan bercampur-baur masa naik lori ni. Dengan terhuyung-hayangnya. Mula-mula aku cangkuk tapi loteh lutut den nak cangkuk 20 minit, den berdiri lah. Bila berdiri pulak tertolaklah siapa-siapa, untuk mengekalkan imbangan badan. Semasa trecking kami ada yang terpecah kumpulan dan bertemu dengan kumpulan yang lain. Lucky us that, semua menuju ke tempat yang sama. Sampai di tapa perkhemahan kira-kira jam 0530. Disebabkan ground dah terbentang, beberapa peserta yang tiba awal sempat melelapkan mata. Solat Subuh pagi itu dilaksanakan dengan menggunakan air mineral sebab masa tu tak tengok lagi sungai di belah mana jadi AJK tak beri kebenaran nak bergerak lagi.
Sarapan pagi itu adalah roti kemek sapu jem. Kenapa kemek? Sebab letak dalam beg, lepas tu kan dah trecking,naik lori, letak beg bawah bas semua. kemek lah. Tapi tak pe, rasa roti jugak. Sedap jugak. Sementara beberapa orang menyediakan sarapan pagi tu, peserta lelaki pasang fly dengan ground. Lepas siap semua, kami berkumpul untuk mendengar taklimat untuk abseiling (Tapi sekarang hampir semua yang ditaklimatkan aku lupa. Dan masa taklimat diberi aku sempat terlelap sebab mengantuk sangat). Masa dengar tu konon macam yakin boleh buat, sekali tengok kat mana kena buat, goyang kepala lutut. Lepas beberapa orang dah buat, aku pun gagahkan dirilah buat. Yang kering elok je buat. Sampai dekat yang basah (kena buat dekat air terjun) bergolek-golek aku. Siap terlepas tali lagi. Nasib baik tak gone terus. Yang kering buat dengan sukarela. Yang basah separuh rela, separuh paksa. Sebab guider dah letak equipment depan mata suruh buat. Demi menyedapkan diri sendiri cakap lah 'Kalau tak buat tak tahu rasa apa'. Jadi buat lah. MEMANG GILA KENTANG! Rasa nak buat lagi bila dah sudah buat. Lepas dah lunch (makan nasi, papadom, sayur goreng, ikan bilis goreng dan kari ayamdengan kentang), solat jamak, apa lagi, aktiviti mandi-manda di sungai. Mula-mula konon tak nak masuk lagi lah, nanti baju basah beg berat lah. Tak ada maknanya, tergoda juga dengan air sungai tu. Berendam sampai kecut jari.
Malam hari tiba lepas solat jamak, makan malam pula. Makan malam dimasak oleh AJK. Ada ayam goreng, tomyam campur, papadom and apa lagi tak ingat. Makan malam tu makan beradab. Makan bawah fly. Makan beradab ni memang tradisi UMAG's. Dimana kami dikehendaki menyuap orang di kiri dan kanan sebelum makan. Lepas makan malam, diadakan acara ice-breaking. Tak berapa nak ice-breaking sangat lah sebab kami hanya perlu menyebut nama, asal, course, fakulti, kenapa join program ni dan apakah aktiviti lasak kegemaran. Selepas tu kami semua dibenarkan untuk tidur. Apa lagi, masa yang ditunggu semua, tak sampai 5 minit aku dah tidur.
Pagi 9 Oktober bermula seawal 0600 pabila AJK Aktiviti mengejutkan kami semua. Dalam kesejukkan tu turun lah ke sungai berus gigi dan ambil wuduk. Di program ni lah pertama kali aku solat dalam khemah sambil duduk disebabkan tempat yang terhad. Sarapan pagi itu adalah cucur, teh and milo. Walaupun tak berapa nak berasa cucurnya, disebabkan nak alas perut, makan lah juga. Dalam pukul 0900 macam tu, lepas senaman ringan, semua peserta bertolak untuk naik ke Kolam Tujuh, iaitu kolan air terjun yang paling tinggi. Jalannya sangat curam dan memakan masa hampir 1 jam. Sampai sahaja di Kolam Tujuh semua mengambil kesempatan bergambar (Kali ni puas hati sebab dapat ambil gambar dengan banner program masa Berembun dulu tak dapat). Ada peserta lelaki yang mencabar diri sendiri untuk terjun ke dalam kolam sedalam 30 meter itu dari tempat tinggi. Selepas puas melihat permandangan, kami turun ke tapak perkhemahan kembali untuk makan tengah hari dan berkemas untuk turun. Sampai tapak perkhemahan, kami terus menuju ke sungai (Sebab panas jadi kami nak menyejukkan badan). Tapi aku mula-mula celup kaki je sebab ingat nak mandi dekat bawah je (Sebab tengah ABC). Tapi tak jadi, tergoda juga, jadi aku mandi. Lepas mandi masa nak salin baju tu, boleh pulak tertinggal seluar dekat atas (Tadi masa nak mandi salin pakai seluar yang dah basah semalam. Seluar yang pakai nak Kolam Tujuh jemur kejap nak bagi kering). Jadi apa lagi, naik atas dengan kain batik lah. Nasib baik bawa turun kain batik (Semua pandang pelik sebab pakai kain batik je). Bila dah salin tu aku pun makan lah bersuap. Ye bersuap sebab aku malas nak turun lagi sekali ke sungai untuk basuh tangan. Lepas siap berkemas, kami pun turun ke bawah. At this point, semua air dah habis. Sesampai je di bawah (starting point dinihari semalam) nampak makcik jual air, terus serbu lah. AI LAP YU MAKCIK! Lepas cukup orang untuk naik lori, kami pun bergerak ke meeting point. Sementara tunggu yang lain (memakan masa hampir 2 jam) kami lepak dulu dekat gerai makan yang buka kat situ. Lepas tu ada surprise prank untuk ketua guider. Memang dia harum lah kena air-longkang-busuk-mana-kau-amek-sampai-guider-tu-kena-mandi-3kali. Tapi memang terbaik. Lepas tu dalam 1730, kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Sepanjang jalan ada je yang nak karaoke. Aku mula-mula layan juga, tapi dah lama-lama mengantuk, jadi aku tidur.
Sampai kampus dalam 2200. Kami kumpul-kumpul barang fasiliti sebelum bersurai.
Kesimpulannya, program kali ni memang seronok sebab ni lah pertama kali aku buat abseiling.
Jadi ianya adalah TERBAIK, TERBAIK, TERBAIK!!
PS: Semua gambar ada di facebook aku (search: farah rosni). Aku malas nak upload dekat banyak-banyak tempat.
Thursday, October 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment