hello people. sorry lama gila tak update. tak tau nak tulis apa. plus quite busy. tapi dalam busy2 pun sempat jugak pergi naik gunung. hehe. lama kan tak buat outdoor activities? last masa kat belum rainforest resort, end may last year. you may view the pictures here and the story here.
so, this year aku join kelab umag's kat unisel. it stand for unisel mountain adventure group's. jadi aktiviti pertama untuk semester ni adalah kembara ke gunung berembun, dungun, terengganu. masa dapat sms pasal aktiviti ni terus rasa nak pergi. siap jadi the first person yang bayar full. kan kak erin and abg paul? mula2 memang excited sangat, samapai lagi seminggu nak pergi. mental terus tak betul. rasa macam tak ready langsung. terutama masa malam briefing. mula la teringat barang tu tak ada, barang ni tak ada, barang ni kat rumah, yang itu dah rosak, ini kena beli baru. haih. nasib baik abah dah bagi tau awal2 kalau barang yang tak ada, bagi tau abah, boleh pergi beli. quite banyak la barang yang tak ada masa tu. i started crying everytime i thought of the hiking and about abah and adik who have to go buy stuff for me and bring it here at bestari jaya. tiap2 malam call along. haha. kelakar pulak ingat. abah, umi and adik hantar barang tu hari rabu petang.
malam rabu tu start la packing. mula2 fikir macam mana abah selalu pack kan bag. yela, selama ni abah yang buat. siap undies pun abah tolong. hehe. sekarang kena buat sendiri semua. dah masuk semua, keluarkan balik sebab tak puas hati. masa dah siap tu punya lah berat beg. mula fikir apa yang nak keluarkan.
so 8 malam 23/10 kene kumpul kat rotunda FSP. aku dengan shahira pun berjalan berdua pergi FSP. sebab aku segan bawak haversack besar sorang. sampai FSP daftar nama kak kak ili and ambil tshirt. lepas tu lepak2 jap sementara tunggu yang lain untuk briefing and bagi makanan. lepas briefing kami diminta kenalkan diri masing2. tapi tak dengar semua pun sebab gema. aku kena bawa mes tin satu dengan kentang and ape lagi tah. bas lambat sampai. patutnya gerak pukul 10, tapi pukul 12 baru dia sampai. naik bas apa lagi, tidur la. disebabkan bas dah lambat and nak sampai esok pagi awal, berhenti sekali je. kat perhentian yang sebelum naik cameron tu(?) mula-mula nak turun untuk buangh air je. bila pergi kat bus nak naik, nampak macam bus tutup so pergi tempat makan. duduk je. sekali abang rafiq tanya tak makan ke. aku cakap la duit dalam bas, sebab memang dalam bus pun. jadi dia suruh guna duit dia dulu. jadi beli mee hoon dengan teh o limau. naik bus bayar la baki duit kat abang rafiq, then orang buat lawak sebab aku macam bayar tambang bus. haha. then aku tidur.
sedar-sedar dah sampai hutan lipur chemerong paginya, dalam pukul 7 lebih. turun. bawa keluar beg and kumpul kat err, tempat makan. ada yang salin baju, gosok gigi, cuci muka semua. lepas warm up and briefing pasal trek hari tu, kene tunggu lagi dua orang guider. then pendakian dimulakan dalam pukul 9 or 10 masa tu, tak perasan, mengikut group masing2. aku group kuih abkar. semua group ikut nama kuih-muih. semangat ni nak naik, walaupun beg berat gila babi. baru je mula jalan dah ada beberapa orang kena sengat tebuan, dan aku adalah salah seorang darinya. kena kat kepala. memang sakit la. then aku tak ingat sapa, bagi aku cream apa tah suruh sapu, aku pun sapu lah. then sengat tu dah start buat aku pening2, kepala start berdenyut2. lalu la satu titi gantung, ada pulak yang goyang2, ni aku hangin. lepas tu melalui trek yang sangat curam. sampai at one point aku rasa nak patah balik je, nak turun masa tu jugak. nasib baik mental tak pecah. jalan few steps berhenti, jalan lagi sikit berhenti. masa tu kak ili and bf dia(?) ada kat belakang. they asked kenapa. aku tak dapat nak jawab, rasa nak nangis masa tu sebab rasa macam tak larat sangat. sebab aku tak expect trek sampai macam tu sekali. lepas tu bf kak ili(?) offer untuk angkat kan bag. aku serba salah sebab dia sendiri dah bawak bag dia and sebab aku tau beg aku tu berat macam mana. tapi masa tu kak ili dah pegang tali beg jadi aku bagi jugak. dia tak la carry sampai camp site, just sampai satu kawasan landai. and of course la aku cakap thanks. gila la kalau orang dah tolong angkatkan beg seberat tu dengan beg dia sendiri aku tak cakap thanks. nak kena sepuk kepala dengan umi and abah? masa ni bisa sengat dah turun kat mata and dah start sakit. ada lintas sungai. apa tah nama sungai tu. tapi kepala dia air terjun chemerong. i'm the only one yang tergelincir and lencun sampai chest! haha. kesian abang zarul kena sambut aku yang berat. then sambung jalan lagi. kali ni lagi curam trek. memang asal ada tempat aku stop ah, nasib baik la abang nazrul and shahira ada teman. kalau tidak, tak larat den. jumpa tempat landai, aku stop lagi. hehe. penat bai. sambung jalan and stop lunch kat kem balak. mas sampai tu dalam pukul 2 lebih kot. lunch memang terbaik lah. ada tom yam sayur and sardin, air sirap. sardin tu wajib masa setiap meal. kalau tak ada aku rasa tak lengkap camp. betul? sapa setuju angkat tangan. dekat pukul 4 sambung jalan pergi kem Y. sampai kem Y terus pasang fly and ground sebab tidur kat situ. ni lah first time aku tidur guna fly and ground. sakit badan memang sakit. tapi at least kena bersyukur sebab ada tampat tidur kan? masa baru je duduk, kaki cramp sebab sejuk lama sangat dalam kasut yang basah. masa nak pergi mandi hujan la pulak. terpaksa tangguhkan dulu. reda je hujan, kena kumpul barang masakan. dah la masa tu dengan nama ahli group pun tak ingat. then pergi mandi. memang tak la kan air sejuk gila babi punyalah macam air dalam tempat beku. tapi redah gak sebab badan rasa tak selesa nanti tidur. mandi siap, salin baju siap. masa untuk memasak. malam tu menu air teh ros nasi sardin lagi and aku tak ingat ada lauk ape. lepas makan ada macam game sikit. setiap kumpulan dikehendaki menghafal nama penuh alhi kumpulan masing2. then kena bagi tau semua. kalau salah kena denda. few groups kena denda. kena menari lah, menyanyilah, catwalk lah. kumpulan aku tak kena. yay, kuih bakar rocks. :) then malam tidur awal dalam pukul berapa tah. patutnya kumpulan aku jadi sentri malam tu masa pukul 4pagi. tapi tak sedar. and macam takde orang kejut pun.
the next day bangun pukul 6.15. bangun gosok gigi, siap2 semua. kemas2. breakfast makan cucur and roti dengan jem. ada jem nenas, strawberi and anggur. lepas siap makan sambung jalan ke puncak. hari ni mata aku tak boleh bukak. jadi aku request kak guider untuk duduk dengan sweeper. sebab aku takut kalau duduk depan, akan melambatkan orang lain. tapi abang din yang dekat sweeper suruh aku jalan depan dulu, tak larat nanti, duduk tepi ang dorang kan kutip aku. jadi aku jalan depan duduk dengan abang paul. tapi lama2 duduk sweeper gak. sama macam hari sebelumnya ada orang tolong angkat kan beg aku. thanks abang din sebab sudi tukar bag dengan farah. jalan2 sampai taman bonzai. memang cantik ah. tapi ni bonzai natural la.kuasa pulak ada orang nak naik ikat pokok tu satu2. dari taman bonzai tak sampai 30 minit. masa sampai puncak tu dalam pukul 12 lebih. rasa puas sangat masa sampai puncak dengan hanya menggunakan mata kiri. sebab mata kanan tak boleh bukak. and walaupun tak carry bag sendiri. lepas puas lepak kat puncak, turun bawah ke kem sungai lansir, sebab akan bermalam dekat situ. sampai kem sungai lansir dalam pukul 2 macam tu. masa ni jalan dengan afiq, firdaus, ana and az. trimas sebab sabar dengan kelembapan aku masa tu. sampai je kem sungai lansir, boleh dikatakan separuh daripada penat tu hilang sebab tempat dia lawa sangat. rugi aku tak ambil gambar. sampai je semua orang tengah masak lunch. haha. nasib baik tak de apa kat aku. aku tolong la dorang buat apa yang patut. tapi ramai suruh aku rehat sebab aku baru sampai. serba salah aku dibuatnya. masa dah siap masak nampak langit dah start gelap tanda nak hujan. jadi makan cepat2. tengah2 makan tu hujan turun selebat2nya. apa lagi, lari masuk bawah fly la. haha. berhimpit2 duduk bawah tu. makan la dalam kekuyupan. aku dengan mata sebelah ni terpaksa suruh orang asingkan cili untuk aku. hehe. petang tu main goreng pisang dalam sungai. team lelaki banyak kali kena simbah dengan team perempuan. seronok. :) hari ni kaki aku cramp lagi. haha. sebab kesejukan. dapat swim dalam air sungai. best. :) malam tu makan sambal kentang. sardin dengan sayur goreng and air cincau. malam tu dapat tidur awal. pukul 10 dah tidur. dalam nak terlelap tu ada pulak mantan boleh bantai main mercun. terkejot den.
hari ketiga breakfast nasi lemak. dapat tengok sunrise. :) cantik sangat. today aku jadi sweeper lagi. perjalanan turun agak memenatkan dan menyakitkan. trimas kepada yang bersabar. kak ili, taufiq, abang khairul, abang abot, terutama sekali abang bob yang teman aku sampai bawah. sabar sangat walaupun aku jalan memang slow gila babi punya. masa turun aku memikirkan macam mana aku boleh naik tempat curam ni. haha. masa turun dapat tengok air terjun chemerong. masa tu semua sakit2 HILANG! puas sangat masa tu. rasa sangat berbaloi naik berembun. oh, masa ni mata aku dah boleh buka walaupun sikit. sampai bawah je lepas letak bag, seluruh tubuh aku rasa sakit. nak berjalan pun tak boleh maaa. mandi2, lepas maghrib bertolak balik KL. sampai unisel dalam pukul 4.30 mcm tu, sampai je rumah pukul 5.30. aku gosok gigi, terus tidur atas katil.
basicly, kembara kali ni sangat best. ada keseronokan tersendiri macam camp2 yang sebelumnya. rasa berbaloi sangat bayar rm 125(?) tu. jadi kat sini aku nak ucap terima kasih dekat semua yang join event ni. yang ambil berat kat aku. nak list nama sorang2 memang payah la sebab ada 8 orang. jadi terima kasih jaga aku and bersabar dengan aku.
jumpa kat pangkor lepas final nanti ye umags? insya-Allah.
Tuesday, September 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nak ikuttttttt!
pangkor ke berembun?
Post a Comment