Mok Tam,
Semalam Angah turun rumah kawan Angah nak bagi dia nota untuk buat assignment. Sampai rumah dia je, dia tunjuk Angah kucing yang dia baru jumpa dekat pekan BB. Kecik, comel je. Macam awak mula-mula dulu. Kawan Angah kata dia betina. She got this pity look on her face, yang buat awak rasa kesian sangat tengok dia.
Anyway, dia mengingatkan Angah kat awak. Angah ingat lagi masa awak mula-mula dengan kita orang. Malam first dah ada tempat tidur sendiri. Tak de siapa pun tahu yang awak akan duduk lama dengan kita orang. Masa Along dah pergi praktikal, Angah yang jaga awak. Mula-mula Angah ingat just bagi makan minum macam tu je. Along call hari-hari ingatkan tengok awak buang air ke tak. Tapi Angah tak nampak pun awak buang air. Sampai lah satu hari tu, Angah tengok belakang mesin basuh. There’s like 2 weeks of poop belakang tu. Angah start marah-marah sebab awak berak kat tempat tersorok, susah Angah nak basuh. Angah pun ajar awak bau najis sendiri dalam jamban so that nanti awak buang air dalam jamban. Tapi tak, awak buaing air belakang mesin tu jugak. Setiap kali Angah nampak awak buang air lepas Angah baru cuci, mesti Angah akan mandikan awak. Even waktu malam pun. Awak akan mengiau kuat-kuat setiap kali Angah mandikan awak, turutama waktu malam. I miss that.
The one who still misses you so much,
Angah
No comments:
Post a Comment