Saturday, February 05, 2011

Surat Untuk Tam #2

Mok Tam,

Semalam masa balik Wangsa Maju nak hantar Along balik Perlis, Angah nampak ada kucing rupa sama macam awak kat depan rumah sebelah rumah Cik Zah. Dari dalam kereta nampak macam awak. Angah tak pasti tu awak, so angah pakai cermin mata. Nampak memang macam awak. Angah harap sangat tu awak. Sebab berharap sangat tu awak Angah tak pergi tengok. Shamimi yang pergi tengok. Dia tengok dekat-dekat kucing tu bukan awak. Ekor panjang, tak ada tanda kat lubang hidung kiri. Sedih juga lah bila tau tu bukan awak.

Naik atas kemas-kemas rumah sikit, sebab klera attack. Angah teringat kalau ada kera datang kat rumah mesti awak pandang je, tak marah pun. Kebetulan dah kemas tu Angah lipat cage awak. Tak, tak bukan Angah tak nak awak balik, Angah nak awak balik. Cuma angah sedih tengok cage tu rindu awak. jadi angah lipat letak bawah tangga. Carrier awak ada lagi letak kat tempat biasa.

Yang akan tetap sayang awak,

Angah.

PS: Even the looking at the place you always pee and poop can be comforting.

No comments: