aku sebenarnya sangat tak tahu nak tulis apa hari ni. tadi masa di sekolah bukan main banyak mahu di luah kan. sampai di depan skrin dan keyboard bisu ni, semua terbang.
esok ada meeting SR. sumpah aku rasa malas gila nak pegi. sejak mula puasa ni, kepala otak aku asyik ingat tidur je. mengantuk memanjang. tapi tak de lah macam sorang tu, asal dapat peluang mesti tidur. bila cakap pasal editorial board, aku teringat aku lupa bagi karya aku kat cikgu. aku nak hantar '17 Bulan' dengan 'Saat Itu'. dalam banyak-banyak yang aku dah tulis, aku rasa yang dua ni yang paling bermakna bagi aku. bukti sesuatu yang manusia di luar itu tak tahu pernah terjadi. bukan hebat mana pun. cuma ini untuk mengisi ruang-ruang kosong majalah dek kerana warga sekolah yang kurang berkarya. entah lah. semua puisi aku sekarang ni macam kurang perasaan.
aku kah yang tak masuk kan perasaan itu, atau ia sengaja tak mahu hadir?
entah lah.
________
aku sekarang ni sudah agak terpengaruh dengan 'Zahrah de Tigris'. Cerita tu seperti yang aku pernah cerita, berlaku di Iraq, negara yang berperang, tak berhenti di bom. jadi apabila aku dengar bunyi mercun, tak kira la yang sebelah rumah kat tepi jalan tu atau yang jauh tapi janji denagr kat telinga aku ni mesti dalam kepala aku 'BOM LA'. haha. lama-lama aku pikir macam kelakar jugak kenapa aku fikir macam tu. tapi dah terpengaruh dengan novel tu punya pasal. masuk tengah hari tadi, dah tiga kali aku menagis baca buku tu. jangan tanya aku kenapa. pasti ada yang akan cakap 'sekadar novel kenapa perlu nangis?', 'alah bukan kau rasa sebenarnya apa yang orang tu rasa.' percaya lah aku rasa. cerita tentang peperangan itu benar, cerita tentang kematian dalam itu benar. benar, aku tak sepenuhnya merasai apa yang dirasai penduduk di sana. aku tak merasai pengalaman penulis novel ini. tapi, apa pun penceritaannya menyetuh hati aku. kau cubalah baca novel tu kalau nak paham.
screwww the boys. aku kene tipu hidup-hidup dengan korang.
Monday, September 08, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment