Thursday, September 25, 2008

Banyak Perkara

ok. mula mula sekali cerita tentang hari ini.

ada khatam quran kat sekolah hari ni. alhamdulillah, khatam lagi tahun ni. suara saifuddin and faiqah sedap. hehe. ada orang jatuh cinta dengan suara merdu alunan ayat-ayat suci al-quran daripada saifuddin tu. hahaha. lepas habis tu adalah ucapan pengetua, penyampaian saguhati kat orang yang mengetuai khatam quran tu dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim. lepas tu, ustaz mainkan lagu raya. alah yang anuar zain nyanyi ngan elina tu. elina eyh nama dia? apa apa lah. budak laki start nyanyi dulu. then ada budak perempuan nyanyi, aku cakap kat dorang, "kita nyanyi ikut part la. tunggu part perempuan punya kita nyanyi." dorang pun okay. then nyanyi lah. sekali ustaz stop kan, semua pun apa lagi, alaaaaaa. hehe. then masa tengah kemas-kemas tu ustaz pasang balik. so okay lah.

hari ini bio hanya ada 10 orang pelajar sahaja. banyak gelak ketawa bersama puan jun. lebih dari kelas-kelas lain. masa trehat nak main 'bullshit' tak jadi. lepas rehat masa agama buat PAFA, masa addmath terpaksa mula lambat sebab marker ada pada yap. dan aku, intan and nabihah konon merajuk dengan AJK sidang redaksi yang amek gambar di bawah. haha. poyo. so, tu je kot.

balik rumah buat kuih. yay! kuih siput dengan jejari coklat. hehe. sodap bauuunya!
______________

apa lagi ouh, ini:


lihatlah berapa banyak kami belanja hanya untuk 6 benda. gah! aku sangat banyak memakai duit dalam 2 bulan ini. bulan lepas lebih rm100 aku guna untuk buku latihan. yang sudah aku gunakan tak sampai 5 muka surat. MEMBAZIR! nanti jadi sepeti tahun-tahun lepas. tahun exam baru la nak menghabiskan segala buku-buku latihan tu. baru nak kayuh laju-laju. nanti penat aku complain sana-sini.
_________

final sudah kurang dua minggu. aku kena kayuh lagi laju sekarang. sebabnya, tahun ni aku sangat banyak main. orang honeymoon sebulan je, aku setahun. mana tak. memang damn lah aku lepas ni. kayuh farah, kayuh.
_________________

ada orang tak perasan aku merajuk dengan mereka. anda-anda tahu kan, hati aku ni mudah pecah. tolong lah. aku dah tak larat nak gam dan tampalkannya sorang-sorang.
____________________________

esok akan jadi hari terakhir balik sekolah awal. aaaaaaa! lepas ni balik lambat. bukan la lambat, balik waktu asal balik la. tidak, panasssss. grrr.
______________

ALERT: it's a mood wing week dear!
______________________________

raya dah dekat. so apa lagi, shopping la. tudung tak beli lagi, keronsang lagi. adoii. nasib baik la yang lain lain da ada. anda?

No comments: