Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

raya datang lagi.

jadi dengan ini, saya, farah rosni, ingin memohon sejuta keampunan dan kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki.
untuk kata yang terlancang, gurauan yang terlebih, marah yang tak bertempat, terlupa dan terkurang di mana-mana. harap diampunkan dan dimaafkan.

*diam kejap*

harap panjang umur berjumpa lagi lepas ini. hutang tak selesai kalau tak sempat aku habiskan, minta pada waris aku.

*mengeluh*

pasti ada yang tertanya mengapa aku berbicara mengenai kematian. secara jujurnya hampir setiap malam sebelum tidur aku memikirkan ini. tapi entah mengapa semakin lebaran menjelang, semakin kuat ingatan aku pada kematian. kita tak tahu kan bila malaikat maut mahu menjemput ke rumah baru yang dalamnya tujuh kaki. itu yang aku berkata pasal kematian ni.

*mengeluh. lagi panjang*

jadi ini mungkin entri terakhir sebelum raya. MUNGKIN. mana tahu di kampung tiba-tiba boleh online. hahaha. memang lawak.

jadi, sekali lagi salam lebaran. maaf zahir dan batin.