sekolah hari ni hanya belajar add maths dan buat tiga perenggan karangan.
selebihnya? bosan dan sepi mengisi.
ceramah kerjaya tadinya aku pikir tidak menepati sasaran. bukannya tiada di antara kami yang tidak mahu menjadi arkitek. malu mengangkat tangan mungkin. kenapa aku pikir ia tidak menepati sasaran? namanya pun minggu kerjaya. kenapa dipanggil arkitek itu memberi ceramah sedangkan bukan seluruh isi orang yang diberi ceramah itu mahu menjadi arkitek? kenapa tidak di panggil seseorang yang memberi ceramah bagaimana kami boleh memilih kerjaya; mengikut minat atau keputusan. yang menceritakan sedikit secara kasar kerja-kerja yang boleh kami di aliran sains tulen ini yang selalu diberi harapan menggunung tinggi lakukan. alahaii..
buat hari kedua mereka dari AppleTree ada di sekolah. menjual kamus digital mereka yang berharga rm800++ itu. pendapat ku? mereka tersalah strategi pemasara. patutnya mereka sasar kan itu kepada ibu bapa kami atau pun ke syarikat2. bukan kepada kami yang belanja sekolah masih bergantung pada orang tua yang pada mana kadang2 di bilang tidak cukup untuk belanja seharian.
____________
the boys still horny this month. sigh.
Thursday, September 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment