aku tak tahu lah apa pasal. minggu ni aku rasa peeeenaaattttt sangat. memang memuncak gila la. padahal aku tak buat apa pun sangat. di tambah pula dengan sakit kepala aku (mesti blood pressure aku something wrong lagi ni) dan batuk aku yang menyebabkan aku rasa macam thyroid aku nak terkeluar. haih. tak tahan la macam ni. mungkin sebab panas kot. ni la yang membuatkan aku tak suka duduk kat kota lumpur ni. panas sangat.
kawan-kawan pulak satu hal. tegur salah, tak tegur salah. aku tegur nanti cakap aku berlagak baik. padahal dah aku sayang, ada yang kurang enak di mata dan telinga, aku tegur. haih. ni la kawan. racun dia, penawar dia. kalau dah sayang, tak boleh buat apa. yang dalam complete mess, dalam complete mess la. yang bergaduh, dengan tak mahu bertegurnya. yang tak puas hati, asyik dia saja yang betul. haih. aku ni kadang serba salah nak tegur. entah laa. adoii. haih, susah la sayang orang ni - "kadang-kadang orang yang paling kita sayang tu la orang yang paling susah untuk disayangi."
*sigh* *sigh* *sigh*
Tuesday, November 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment