aku tak rasa nak blog psl hari jamuan. entah la. maybe, because it's too dull. i had a little fun though.
___________
aku nak cerita tentang tajuk di atas. ya. aku sangat percaya setiap sesuatu yang terjadi itu bersebab. dan kebiasaannya ia berlaku demi kebaikan.
alhamdulillah, pagi tadi waktu malaysia, abah, ummi dan tok aki selamat tiba di madinah. mereka ke sana untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah. mengerjakan haji tamatu'. insyaalah mereka akan berada di sana (mekah dan madinah) selama 45 hari. maksudnya, insyaallah pada 21 disember baru akan pulang. mereka bertolak tengah malam semalam. mereka bertolak dari rumah uda lebih kurang pukul 6 untuk ke kelana jaya. jadi seperti biasa, salam2 semua. comfirm lah aku nangis en. aku kan selalu rebel sama ummi dan aku ni anak abah, serupa lah kami tiga beradik. biasalah perempuan, jadi lagi rapat sama abah. ok. then abg mi, driver atm abah, hantar ke kelana jaya. kami di hantar pulang oleh cho dan mak.
dr tgh mlm selasa hingga ke malam hari rabu, tak putus org dtg ke rumah, ingin berjumpa sama ummi dan abah, tok aki ada di rumah uda di ampang. jadi kami di rumah tak menang tangan menyediakan hidangan pada mereka. jadi aku makin kerap ke dapur musim ini. satu perubahan baik. hehe. memang penat tak terkata. nasib baik aku dah habis exam, kalau tidak, sory ye tetamu sekalian.
ummi dan abah dapat tahu yang mereka comfirm akan ke tanah suci seminggu selepas raya. pada masa itu, baru aku teringat tahun ini, kami sekeluarga tak sekali pun pergi bercuti. rupa-rupanya Dia ada babak lebih menarik untuk kami.
jadi itu lah dia, memang setiap sesuatu itu terjadi bersebab.
Friday, November 07, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment