Monday, January 10, 2011
Surat Untuk Tam #1
Mok Tam,
Angah tak tau awak kat mana sekarang ni. Sabtu lepas (8/1/2011), 15 hari lepas awak hilang, Angah mimpi awak. Dalam mimpi tu awak kat tempat yang selamat tapi awak nampak sakit. Awak tengah tidur atas kerusi. Angah bangun dari tidur angah tak tau nak nangis sebab awak dah tak de dengan angah ataupun nak happy sebab doa angah untuk tau awak selamat ke tak termakbul. Buktinya Tuhan tunjuk kat angah awak selamat.
Angah tak tau awak sedar ke tak benda ni, tapi awak dah jadi famili angah. Awak dah macam adik dekat along, angah dengan Shamimi, dah macam anak dekat abah dengan umi. Lagi-lagi dekat abah sebab dia tak de anak lelaki.
Mula-mula dulu masa along bawak awak duduk sini angah marah sebab angah taknak jaga awak. Angah rasa awak pun sedar. Masa tu angah selalu marah awak sebab awak kencing berak rata-rata, makan minum asyik habis je. Jadi nya angah selalu letak banyak-banyak supaya angah tak payah ulang-alik bagi awak makan. Tapi lama-lama angah jadi sayang dekat awak walaupun awak selalu cakap kerusi beg kotak umi yang akhirnya angah kene kemas balik.
Awak paling suka kalau orang garu-garu bawah dagu awak. Awak suka tidur berpeluk dengan tidur atas dada. Awak suka paut dagu dengan tutup muka kalau tidur. awak suka kalau jalan dalam kereta. Awak mesti nak duduk tepi tingkap. Awak suka kalau sekali-sekala abah bagi makan daging sebab hari tu awak good boy. Abah kata awak suka pergi pantai, tapi takut air.
Tapi awak mengada! Dalam rumah, dalam kereta ada bantal sendiri. 2, 3 kadang-kadang. Mengada tak kasi orang masuk kawasan awak padahal awak tak marking pun. Mengada sebab suka main kejar-kejar buat angah dengan abah penat nak kejar awak.
Tapi awak dengar cakap jugak. Kalau suruh balik rumah balik. Kalau suruh tidur awak tidur. kalau susurh duduk awak duduk. Mestilah awak paling dengar cakap abah kan.
Awak akan marah kalau orang usik ekor kontot awak. Awak akan marah setiap kali angah nak mandikan awak sebab awak tak suka air.
Awak kucing paling kuat merajuk angah pernah jumpa. Pernah sekali angan duduk atas kerusi angah tak perasan awak ada kat situ. Angah dah cakap sorry, tapi awak buat tak layan. Angah tarik muka awak pandang angah pun awak kalih balik. Tapi duduk atas peha angah nak pulak.
Kalau awak ingat few weeks sebelum awak hilang angah dengan Shamimi baru beli syampu baru awak. Cheeza yang recomend kan. Ingat Cheeza? Dia lah orang luar first yang awak tak marah dekat-dekat dengan awak. Abah pulak baru beli satu paket besar makanan awak. Angah pulak baru beli bola dengan tikus mainan untuk awak. Awak suka main bola kalau balik Enstek. Weekend masa awak hilang tu pulak semua orang sibuk pilih rantai baru untuk awak sebab awak punya dah buruk.
Angah tak tau apa umi abah Shamimi rasa masa dapat tahu awak hilang. Masa angah tau angah nagis terus. Dah la weekend masa awak hilang tu angah baru lepas marah awak, sorry.
Semua orang rindu awak Mok Tam. Imran pun. Rumah still ada bau awak. Umi dengan angah setiap kali nampak barang-barang awak or tempat yang awak cakar mesti jadi sebak. Angah nangis. Angah nak kemas barang awak letak tempat yang tak nampak sebab angah sedih. Kalau hujan tambah pulak kilat mesti angah ingat awak sebab awak takut hujan lagi-lagi kalau ada kilat. Awak takut jugak kereta motor yang laju. Mesti awak lari sembunyi.
Mok Tam, semua rindu awak. Angah kalau balik rumah mesti tidur dengan bantal-bantal awak. Wallpaper laptop angah pun gambar awak.
Mok Tam,
Tak kira lah awak sekarang dekat mana. Kalau dengan tuan baru, jangan selalu buat dia marah. Jangan sakit-sakit lagi. Be good boy okay. Tak kesah lah awak kat mana sekarang angah nak awak selamat and tau semua orang sayang awak.
Okay?
Yang selalu kena tahan cakar awak sebab awak takut,
Angah.
Monday, January 03, 2011
2011 Resolution
I might want to add something:
1. Get higher CGPA for every semester. Better yet, to be in the dean's list every semester.
2. To score at least B for every subject.
3. To attend all class on time without failing.
4. To finish assingments given on time.
5. To be productive in class. :)
6. To be a better Muslim.
7. To eat less fast foods.
I think thats' about it. Lets see if I can accomplish it at the end of the year.